ALLAH SWT MENOLAK SATU DOA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW

Diposting oleh Ahsanul Huda Rabu, 12 Mei 2010

'Amir bin Said dari bapaknya berkata bahwa: "Satu hari Rasulullah saw telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah saw sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah saw.

Kemudian Rasulullah saw berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah saw:

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah saw pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah swt tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

1.      Aku telah bermohon kepada Allah swt supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah swt.

2.      Aku telah bermohon kepada Allah swt supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah swt.

3.      Aku telah bermohon kepada Allah swt supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?


0 komentar

Posting Komentar